Dalam menjalani kehidupan yang penuh ranjau ini, kita ada kalanya terlupa dengan setiap panduan dan pedoman yang telah dibekalkan kepada kita sebagai umat Islam yang beriman kepadaNya. Kita lupa pada Pencipta, kita lupa kepada syariatnya….Untuk itu, dikongsikan sedikit beberapa buah buku yang dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian.
Kita sering berdoa agar dimurahkan rezeki. Bukan itu sahaja kita tambah lagi dengan bermohon rezeki yang halal. Orang yang murah rezeki sebahagian besar tanggungan kehidupannya telah selesai.
Orang yang sempit rezeki sering berhutang keliling pinggang. Begitu juga orang yang boros berbelanja. Orang yang berhutang, siangnya sentiasa diburu ketakutan. Malamnya membuat tidur tidak lena.
Buku101 PETUA MURAH REZEKI & JAUHI HUTANGini memberi petuabagaimana mendapatkan rezeki yang murah. Perjalanan yang ditempuh sekali gus membawa sifat taqwa dalam kehidupan seperti bertaubat, takut kepada Allah, sentiasa mengingati Allah, tawakkal, beribadah, membetulkan niat, istiqamah dalam bertugas, mengerjakan haji dan umrah, menjalin silaturrahim, bersedekah, berdoa dan bersyukur.
Isi bukuINDAHNYA HIDUP BERSYARIATini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan langkah demi langkah. Buku dengan foto penuh berwarna digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.
Sebuah rujukan yang mesti dimiliki disetiap rumah, sekolah dan sesiapa sahaja yang ingin merungkai keindahan hidup bersyariat.
Buku DOA MENJADI PENGANTIN BARU SETIAP HARItelah disusun khusus buat mereka yang akan dan sedang melayari bahtera rumahtangga.
Doa-doa yang dikumpulkan sangat efektif buat anda yang mengharapkan kebahagian yang berkekalan dalam hubungan suami isteri. Dapatkan buku tulisan Uztaz Zahazan Mohamed ini sebagai panduan dan pedoman agar rumahtangga yang di bina kekal hingga ke akhirnya, InsyaAllah…
Dengan perkembangan ketamadunan manusia dan kemajuan globalisasi, sudah ada orang beranggapan soal nikah kahwin menjadi satu adat. Golongan yang menolak remeh temeh adat lantas menjadikan nikah kahwin suatu upacara mudah dan ringkas. Sementara orang berada pula menjadi nikah kahwin satu majlis sosial untuk mempamerkan darjat dan kekayaan.
Sedarkah kita bahawa nikah kahwin adalah soal hukum hakam syariat yang dipanggil munakahat? Dapatkah kita bezakan antara syariat dan adat? Kurangnya orang belajar tentang munakahat hari ini menyebabkan banyak perkara remeh temeh tentang nikah kahwin sudah diabaikan.
Buku SOAL JAWAB REMEH-TEMEH TENTANG NIKAH KAHWIN ini mengajak pembaca kembali memahami sekecil-kecil perkara tentang nikah kahwin kerana ianya agenda terpenting di dalam membentuk generasi pewaris kehidupan kita.
Anda punya kemusykilan dalam perkara-perkara berikut? Buku ini MESTI DIBACA…..
Apakah hukumnya bertepung tawar?
Adakah majlis membatalkan air sembahyang itu satu adat atau syariat?
Jatuhkah talaq jika…
Dan pelbagai persoalan tentang pernikahan, hubungan suami isteri dan isu-isu yang berkaitan dengannya.
Saat menimang cahaya mata yang pertama merupakan anugerah yang paling disyukuri oleh pasangan suami isteri. Bermula detik inilah si suami akan bergelar bapa dan si isteri bergelar ibu. Perasaan gembira berbaur syukur tatkala mendengar tangisan bayi comel yang baru sahaja dilahirkan pasti menceriakan lagi pasangan suami isteri. Sepanjang tempoh kehamilan merupakan satu pengalaman yang indah dan menakjubkan bagi setiap wanita.
Namun adakalanya kehamilan boleh menjadi pengalaman yang cukup menakutkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang bakal menyambut kelahiran anak pertama. Oleh itu, bakal ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan berpandukan syariat Islam.
DVD ini diterbitkan sebagai panduan buat bakal ibu yang sedang mengandung, suri rumah, bakal pengantin, pengantin baru, pengantin veteran dan remaja yang bakal menempuh alam kedewasaan.
Antara topik menarik di dalam:
Amalanwanita Muslimah sepanjang tempoh hamil untuk memperolehi anak yang soleh dan genius
Surah-Surah Pilihanuntuk diperdengarkan kepada anak-anak dan bayi yang masih berada di dalam kandungan
Petua Mengurangkan Kesakitan semasa bersalin dan penjagaan kesihatan wanita
Panduan Kelihatan Sihat selepas bersalin berdasarkan fakta saintifik dan petua Melayu
Dapatkan lebih banyak buku-buku tulisan Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Hj. Zahazan Mohamed dan ramai lagi tokoh-tokoh terkenal yang dapat dijadikan panduan, pedoman dan sumber rujukan anda di sini…
Lain-lain bahan bacaan dan rujukan yang boleh anda perolehi :
Salam buat semua…., ingin saya kongsikan satu artikel dari kementerian kesihatan yang sangat menarik dan berguna. Artikel tentang cara hidup sihat sebagai satu daripada resepi kehidupan yang perlu kita amalkan…
Kunci untuk sihat sepanjang hayat
Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:
Makan secara sihat
Tidak merokok
Lakukan aktiviti fizikal
Belajar menangani stress
Faedah cara hidup sihat
Meningkatkan status kesihatan anda
Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan..
Makan Secara Sihat
Nikmati pelbagai jenis makanan
Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama - sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
Tidak Merokok
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
Yakinkan diri
Buat nota peringatan
Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
Tumpukan pada hari ini
Sentiada berfikiran positif
Dapatkan sokongan
Lawan keinginan untuk merokok
Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
Melengahkan-lengah
Minum banyak air
Menarik nafas panjang
Membuat sesuatu
Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
Mengunyah sesuatu
Membasuh tangan
Mandi dengan kerap
Melakukan senaman regangan
Memohon doa
Lakukan aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.
Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda
Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:
Aktiviti ringan(60 minit setiap hari) - berjalan kaki, aktiviti regangan, berkebun
Aktiviti sederhana (30 minit setiap hari) - berjalan laju, berbasikal, berenang, menari, lompat tali, aerobik, berlari anak, turun naik tangga
Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.
F
Frequency : (Kekerapan)
3 - 5 kali seminggu
I
Intensity (Effort) : (Kehebatan)
Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa.
T
Time : (Masa)
Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan.
T
Type : (Jenis)
Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jarring, badminton, lompat tali, berbasikal.
Tangani Stres
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
Bertenang…kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
Kenal pasti kenapa anda marah
Cuba dengar penjelasan orang lain
Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
Membiasakan diri memaafkan - menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
Berfikir secara positif
Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
Belajar menyukai diri sendiri
Belajar bertenang
Adakan hobi
Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
Dapatkan tidur yang cukup
Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
Bersifat tegas/asertif
Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda
Semoga kita sama-sama dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna……amin…
Saya kongsikan satu kisah yang sangat menarik dan menyentuh hati ini, yang dikirimkan oleh seorang rakan melalui e-mail. Oleh kerana kisah ini adalah dalam bahasa Indonesia (dipercayai diterjemahkan dari kitab Arab), saya cuba untuk mengubahsuai bahasanya agar dapat difahami dengan lebih jelas tanpa mengubah maksudnya. Semoga cerita ini dapat dijadikan pedoman dalam menjalani kehidupan seharian. Begini ceritanya :
Saat aku mengandung putriku, Afnan, ayahku melihat sebuah mimpi di dalam tidurnya. Ia melihat banyak burung pipit yang terbang di angkasa. Di celah burung-burung tersebut terdapat seekor merpati putih yang sangat cantik, terbang jauh meninggi ke langit. Maka aku bertanya kepada ayah tentang tafsir dari mimpi tersebut. Maka ia memberitahu ku bahawa burung-burung pipit tersebut adalah anak-anakku, dan sesungguhnya aku akan melahirkan seorang gadis yang bertakwa. Ayahku tidak menyempurnakan tafsirnya, sementara akupun tidak meminta tafsir tentang maksud mimpi tersebut.
Kemudian, aku melahirkan putriku, Afnan. Ternyata dia benar-benar seorang gadis yang bertakwa. Aku melihatnya sebagai seorang wanita yang solehah sejak kecil. Dia tidak pernah mahu mengenakan seluar, tidak juga mengenakan pakaian pendek, dia akan menolak dengan keras, padahal dia masih kecil. Jika aku mengenakan gaun pendek padanya, maka dia juga akan memakai seluar panjang.
Afnan sentiasa menjauhkan diri dari perkara yang dimurkai Allah. Ketika kanak-kanak dia menolak pergi ke tempat-tempat permainan, atau ke pesta-pesta. Dia adalah seorang gadis yang berpegang teguh dengan agamanya, menjaga sholatnya, dan sunnah-sunnahnya. Tatkala dia meningkat remaja, mulailah dia berdakwah kepada agama Allah. Dia tidak pernah melihat sebuah kemungkaran kecuali dia mengingkarinya, dan memerintah kepada yang ma’ruf dan senantiasa menjaga maruah dan auratnya.
Permulaan dakwahnya kepada agama Allah adalah permulaan masuk Islamnya pembantu kami yang berbangsa Sri Lanka.
Ibu Afnan melanjutkan ceritanya:
Tatkala aku mengandung putraku, Abdullah, aku terpaksa mengambil seorang pembantu untuk mengasuhnya ketika ketiadaanku, kerana aku adalah seorang karyawan. Dia beragama nasrani. Setelah Afnan mengetahui bahawa pembantu tersebut bukan seorang muslim, dia marah dan mendatangiku lalu berkata: “Wahai ummi, bagaimana dia akan menyentuh pakaian-pakaian kita, mencuci piring-piring kita, dan mengasuh adikku, sedangkan dia adalah wanita kafir?! Aku bersedia untuk berhenti sekolah, dan menjaga ibu dan adik selama 24 jam, dan janganlah menjadikan wanita kafir sebagai pembantu kita!!”
Aku tidak memperdulikannya, kerana memang keperluan terhadap pembantu tersebut amat mendesak. Hanya dua bulan setelah itu, pembantu tersebut mendatangiku dengan penuh kegembiraan sambil berkata: “Mama, aku sekarang menjadi seorang muslimah, kerana jasa Afnan yang terus mendakwahiku. Dia telah mengajarkan kepadaku tentang Islam.” Maka akupun sangat gembira mendengar khabar baik ini.
Pada satu ketika, pakciknya memintanya hadir dalam pesta pernikahannya. Dia memaksa Afnan untuk hadir, jika tidak maka dia tidak akan meredhakannya sepanjang hidupnya. Akhirnya Afnan bersetuju atas desakan pakciknya itu, dan juga kerana Afnan sangat mencintai pakciknya itu.
Afnan bersiap untuk menghadiri pernikahan itu. Dia mengenakan sebuah gaun yang menutupi seluruh tubuhnya. Dia adalah seorang gadis yang sangat cantik. Setiap orang yang melihatnya akan terkagum dengan kecantikannya. Semua orang kagum dan bertanya-tanya, siapa gadis ini? Mengapa engkau menyembunyikannya dari kami selama ini?
Setelah menghadiri pernikahan pakciknya, Afnan diserang penyakit kanser tanpa kami ketahui. Dia merasakan sakit yang teramat sakit pada kakinya. Dia menyembunyikan rasa sakit tersebut dan berkata: “Sakit ringan di kakiku.”
Sebulan setelah itu dia menjadi pincang, saat kami bertanya kepadanya, dia menjawab: “Sakit ringan, akan segera hilang insya Allah.”
Setelah itu dia tidak mampu lagi berjalan. Kamipun membawanya ke rumah sakit.
Selesailah pemeriksaan dan diagnosa yang sudah semestinya. Di dalam salah satu ruangan di rumah sakit tersebut, sang doktor berbangsa Turki mengumpulkanku, ayahnya, dan pamannya. Hadir pula pada saat itu seorang penterjemah, dan seorang perawat yang bukan muslim. Sementara Afnan berbaring di atas ranjang.
Doktor memberitahu kami yang Afnan terkena serangan penyakit kanser di kakinya, dan dia akan memberikan 3 suntikan kimo yang akan menggugurkan seluruh rambut . Akupun terkejut dengan berita ini. Kami duduk menangis. Adapun Afnan, saat dia mengetahui berita tersebut dia sangat gembira dan berkata “Alhamdulillah… alhamdulillah… alhamdulillah.” Akupun mendekatkan dia di dadaku sementara aku dalam keadaan menangis. Dia berkata: “Wahai ummi, alhamdulillah, musibah ini hanya menimpaku, bukan menimpa agamaku.”
Diapun bertahmid memuji Allah dengan suara keras, sementara semua orang melihat kepadanya dengan keadaan tercengang!!
Aku merasa diriku kecil, sementara aku melihat gadis kecilku ini dengan kekuatan imannya dan aku dengan kelemahan imanku. Setiap orang yang bersama kami sangat terkesan dengan kejadian ini dan kekuatan imannya. Adapun penterjemah dan para perawat, merekapun menyatakan keislamannya!!
Berikutnya adalah perjalanan dia untuk berubat dan berdakwah kepada Allah.
Sebelum Afnan memulai pengubatan dengan bahan-bahan kimia, pamannya meminta gunting untuk memotong rambutnya sebelum gugur akibat pengubatan. Dia menolak dengan keras. Aku cuba untuk memberinya pengertian agar memenuhi keinginan pamannya, akan tetapi dia menolak seraya berkata: “Aku tidak ingin terhalangi dari pahala bergugurannya setiap helai rambut dari kepalaku.”
Kami (aku, suami dan Afnan) pergi untuk pertama kalinya ke Amerika . Saat kami sampai di sana, kami disambut oleh seorang doktor wanita Amerika yang sebelumnya pernah bekerja di Saudi selama 15 tahun. Dia boleh berbicara bahasa Arab. Saat Afnan melihatnya, dia bertanya kepadanya: “Apakah engkau seorang muslimah?” Dia menjawab: “Tidak.”
Afnanpun meminta kepadanya untuk pergi bersamanya menuju ke sebuah kamar kosong. Doktor wanita itupun membawanya ke salah satu ruangan. Setelah itu doktor wanita itu menghampiriku sambil kedua matanya berlinangan air mata. Dia mengatakan bahwa sesungguhnya sejak 15 tahun dia di Saudi, tidak pernah seorangpun mengajaknya kepada Islam. dan di sini datang seorang gadis kecil yang mendakwahinya. Akhirnya dia masuk Islam melalui Afnan.
Di Amerika, mereka memberitahu bahawa tidak ada ubat baginya kecuali memotong kakinya,karena ditakuti kanser tersebut akan merebak sampai ke paru-paru dan akan mematikannya. Tetapi Afnan sama sekali tidak takut, yang dia takutinya adalah perasaan kedua orang tuanya.
Pada suatu hari Afnan berbicara dengan salah seorang temanku melalui Messenger. Afnan bertanya kepadanya: “Bagaimana menurut pendapatmu, apakah aku akan menyetujui mereka untuk memotong kakiku?” Maka dia cuba untuk menenangkannya dengan mencadangkan kaki palsu sebagai gantinya. Maka Afnan menjawab dengan satu kalimat: “Aku tidak memperdulikan kakiku, yang aku inginkan adalah mereka meletakkanku di dalam kuburku sementara aku dalam keadaan sempurna. ” Temanku tersebut berkata: “Sesungguhnya setelah jawapan Afnan, aku merasa kecil di hadapan Afnan, Aku tidak memahami sesuatupun, seluruh fikiranku saat itu tertuju kepada bagaimana dia nanti akan hidup, sedangkan fikirannya lebih tinggi dari itu, iaitu bagaimana nanti dia akan mati.”
Kamipun kembali ke Saudi setelah pembedahan kaki Afnan, dan tiba-tiba kanser telah menyerang paru-paru!!
Keadaannya sungguh kritikal, lalu mereka meletakkannya di atas ranjang, dan disisinya terdapat sebuah tombol. Hanya dengan menekan tombol tersebut maka dia akan tersuntik dengan jarum bius dan jarum infus.
Di rumah sakit tidak terdengar suara adzan dan keadaannya seperti orang yang koma. Tetapi hanya dengan masuknya waktu shalat dia terbangun dari komanya, kemudian meminta air, kemudian wuduk dan sholat, tanpa ada seorangpun yang membangunkannya!!
Di hari-hari terakhir Afnan, para doktor memaklumkan kami bahawa tidak ada gunanya lagi ia di rumah sakit. Sehari atau dua hari lagi dia akan meninggal. Aku ingin dia menghabiskan hari-hari terakhirnya di rumah ibuku.
Di rumah, dia tidur di sebuah kamar kecil. Aku duduk di sisinya dan berbicara dengannya.
Pada suatu hari, isteri pamannya datang menjenguk. Aku katakan bahwa dia berada di dalam kamar sedang tidur. Ketika dia masuk ke dalam kamar, dia terkejut kemudian menutup pintu. Akupun terkejut dan bimbang terjadi sesuatu pada Afnan. Maka aku bertanya kepadanya, tetapi dia tidak menjawab. Maka aku tidak mampu lagi menguasai diri, akupun pergi kepadanya. Saat aku membuka kamar, apa yang kulihat membuatku tercengang. Saat itu lampu dalam keadaan dimatikan, sementara wajah Afnan memancarkan cahaya di tengah kegelapan malam. Dia melihat kepadaku kemudian tersenyum.
Dia berkata: “Ummi kemarilah, aku mau menceritakan sebuah mimpi yang telah kulihat.”
Kukatakan: “(Mimpi) yang baik Insya Allah. ”
Dia berkata: “Aku melihat diriku sebagai pengantin di hari pernikahanku, aku mengenakan gaun berwarna putih yang lebar. Engkau dan keluargaku, kalian semua berada disekelilingku. Semuanya berbahagia dengan pernikahanku, kecuali engkau ummi.”
Akupun bertanya kepadanya: “Bagaimana menurutmu tentang tafsir mimpimu tersebut.”
Dia menjawab: “Aku menyangka, bila aku meninggal, dan mereka semua akan melupakanku, dan hidup dalam kehidupan mereka dalam keadaan berbahagia kecuali engkau ummi. Engkau terus mengingatiku, dan bersedih atas pemergianku.”
Benarlah apa yang dikatakan Afnan. Aku sekarang ini, saat aku menceritakan kisah ini, aku menahan sesuatu yang membakar dari dalam diriku, setiap kali aku mengingatinya, akupun bersedih atasnya.
Pada suatu hari, aku duduk dekat dengan Afnan, aku dan ibuku. Saat itu Afnan berbaring diatas ranjangnya kemudian dia terbangun. Dia berkata: “Ummi, dekatlah kepadaku, aku ingin menciummu.” Maka diapun menciumku. Kemudian dia berkata: “Aku ingin mencium pipimu yang kedua .” Akupun dekat kepadanya, dan dia menciumku, kemudian kembali berbaring di atas ranjangnya. Ibuku berkata kepadanya: “Afnan, ucapkanlah la ilaaha illallah.”
Kemudian dia menghadapkan wajah ke arah qiblat dan berkata: “Asyhadu allaa ilaaha illallaah.” Dia mengucapkannya sebanyak 10 kali. Kemudian dia berkata: “Asyhadu allaa ilaaha illallahu wa asyhadu anna muhammadan rasuulullaah.” Dan keluarlah rohnya.
Maka kamar tempat dia meninggal di dalamnya dipenuhi oleh aroma minyak kasturi selama 4 hari. Aku tidak mampu untuk tabah, kelurgaku takut akan terjadi sesuatu terhadap diriku. Maka merekapun menyembur kamar tersebut dengan aroma lain sehingga aku tidak bisa lagi mencium aroma Afnan. Dan tidak ada yang aku katakan kecuali alhamdulillah rabbil ‘aalamin.
Majalah Qiblati edisi 04 tahun III 01-2008/12-1428
Beberapa hari tidak sempat untuk post sesuatu yang baru untuk tatapan. Amat sibuk kebelakangan ini…..tapi ada sesuatu yang ingin saya kongsikan, sesuatu yang sangat bermakna untuk semua….hayati lah kisah “Malam Pertama Kita“
beautiful by manny1947
“Malam Pertama Kita”
Satu hal sebagai bahan renungan Kita…
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu… mempelai sangat dimanjakan
Mandipun…harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka….
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu…
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih…
Itulah sosok Kita….
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu …jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita…
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah…. tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan… langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian…
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin….
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya…. tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi…..
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur…
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur…..
Kita tak tahu…Dan tak seorangpun yang tahu….
Hasil kiriman insan bergelar carkey88 di portal nogold.com
Sewaktu saya dipertemukan dengan kisah “malam pertama kita” ini, saya baru saja kembali dari menghadiri majlis kenduri kahwin seorang teman. Pastinya tajuk ini menarik perhatian saya untuk membacanya. Kisah yang memberi peringatan dan penuh pengajaran ini perlu dijadikan ikhtibar buat semua……semoga kita termasuk golongan yang memperolehi nikmat kubur di “malam pertama kita“…amin…
PETALING JAYA: Cemburu melihat kebahagiaan keluarga jirannya yang mempunyai anak, seorang kelindan lori dipercayai bertindak di luar batasan apabila tergamak mendera dengan memijak anak tetangganya itu sehingga mati akibat kecederaan dalaman yang serius.
Malah, selepas menyedari kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa, suspek segera membawanya ke klinik dan cuba menyembunyikan perbuatannya dengan mendakwa mangsa mati kerana tercekik gula-gula.
Bapa mangsa, S Karigalan, 42, berkata dia tidak menyangka jirannya itu boleh bertindak keji dan tidak berperikemanusiaan hanya kerana cemburu kebahagiaan keluarganya.
“Hanya kira-kira enam bulan saya dan keluarga mengenalinya (suspek) dan tidak menyangka dia tergamak memperlakukan anak pertama saya sedemikian rupa,” katanya menceritakan insiden tragis menimpa anaknya yang berusia 18 bulan itu.
Ibu mangsa, K Thilagawathy, 23, yang ditemui di rumahnya di Pangsapuri Damansara Bistari, SS 2/72, dekat sini, masih trauma dan lebih banyak mendiamkan diri selain tidak bermaya.
Harian Metro difahamkan, suspek diminta ibu mangsa untuk menjaga anaknya sebentar sementara dia dan suami menyelesaikan urusan peribadi dan tidak menyangka tragedi berkenaan boleh berlaku.
Lelaki terbabit yang berusia 33 tahun dipercayai cemburu melihat pasangan jirannya yang mempunyai dua anak sedangkan dia dan pasangannya yang mendirikan rumah tangga sekian lama belum mempunyai anak.
Dalam kejadian jam 10 hingga 12 malam kelmarin, mangsa, K Hareswara, menemui ajal selepas dipercayai didera suspek ketika dibawa bersiar-siar di sebuah taman permainan kanak-kanak berhampiran pangsapuri berkenaan.
Pada mulanya, lelaki terbabit mendakwa kanak-kanak itu menjadi lemah selepas memakan gula-gula yang diberikannya, namun selepas pemeriksaan rapi dijalankan, doktor menemui beberapa kesan lebam pada badan mangsa selain kecederaan dalaman yang serius.
Doktor yang sangsi dengan hasil pemeriksaan itu segera menghubungi polis sebelum suspek ditahan kerana disyaki mendera mangsa sehingga mati.
Sementara itu, datuk mangsa, A Krishnamoorthy, 50, turut sugul mengenangkan kejadian yang menimpa cucu kesayangannya, namun menerimanya dengan tabah.
“Dia (Hareswara) seorang kanak-kanak yang periang, malah sudah pandai menyebut nama ibunya selain gemar melakar abjad tertentu jika diberikan pensel dan kertas.
“Kini segalanya sudah berubah, malah hanya tinggal adiknya yang berusia empat bulan menemani kami sekeluarga,” katanya.
Krishnamoorthy yang kesal dengan kejadian itu meminta pihak berkuasa mengenakan hukuman setimpal terhadap suspek yang menyebabkan kematian cucunya itu.
“Saya nasihatkan orang ramai jangan terlalu mempercayai orang lain dan membenarkan mereka menjaga anak-anak yang masih kecil bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Biar kejadian ini menjadi pengajaran kepada masyarakat,” katanya.
Tiada apa yang boleh dikatakan lagi….hanya tanda tanya bermain difikiran….bilakah tragedi sebegini akan berakhir??? Mampukah masyarakat Malaysia menanganinya??? Ayuh, bersamalah kita bersatu…hentikan penderaan dan pembunuhan anak-anak kecil ini!!!
Dikongsikan sedikit tip-tip untuk kuruskan badansupaya kelihatan lebih langsing, sihat dan cantik.
Minum Banyak Air
Untuk sehari, minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong. Ini dapat membantu mengurangkan selera makan secara semulajadi terutamanya bila anda minum sebelum makan makanan berat. Air kosong juga dapat mencantikkan kulit!!
Elakkan Minuman Manis/Air Berkarbonat
Minuman yang kandungan gulanya tinggi akan memudaratkan kesihatan. Elakkan diri anda dari penyakit kencing manis….
Jangan Berlapar
Anda akan cenderung untuk makan dengan lebih banyak apabila anda sudah tidak tahan lapar. Cuba disiplinkan diri anda dengan pengambilan sarapan pagi. Sarapan pagi dapat menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah dan meningkatkan kadar metabolism untuk membakar kalori. Tapi elakkan nasi lemak dan roti canai ye!!!
Makan Dengan Kerap Tetapi Sedikit
Ini dapat mengurang kuantiti makanan yang anda ambil pada satu-satu masa. Ingat, kerap tapi sedikit…..
Makan Dengan Perlahan
Anda digalakkan mengunyah makanan anda dengan lebih perlahan supaya dapat menikmati makanan tersebut tanpa perlu kuantiti yang banyak. Otak anda akan beri isyarat pada perut,…cukup…cukup…
Pastikan Menelan Makanan Yang Bercebisan Kecil
Menelan cebisan kecil makanan akan membuatkan anda cepat kenyang dan makanan mudah hadam.
Kurangkan Pengambilan Garam
Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan tubuh badan anda menakung air yang banyak dan ini menambahkan berat badan anda. Kurang garam bermakna tubuh kurang air dan pastinya kurang berat badan.
Minum Jus Limau/Oren
Minuman masam akan menggalakkan pembakaran lemak. Ini pastinya akan dapat mengurangkan berat badan anda!!
Banyakkan Makan Buah dan Sayur
Ianya membekalkan vitamin, mineral dan serat yang cukup untuk tubuh. Kandungan lemaknya juga rendah.
Makan Makanan Pedas
Makanan pedas dapat membakar lemak dan kalori. Ini memudahkan proses penurunan berat badan.
Makan Banyak Bijirin dan Kekacang
Bijirin dan kekacang memberi sumber tenaga kerana mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. Amalkan selalu….
Tukar Cara Memasak
Merebus, memanggang dan mengukus adalah terbaik untuk kurangkan jumlah kalori. Cuba elakkan menggoreng atau menggunakan minyak yang banyak.
Tukar Bahan Makanan
Pilih bahan yang rendah lemak seperti susu rendah lemak untuk gantikan susu dan santan. Bijak mengolah bahan makanan pasti membantu usaha anda!!!
Tukar Minda : Diet Untuk Sihat Bukan Kurus
Ini dapat membantu anda dalam jangka masa yang panjang. Diet untuk sihatdapat mengubah fikiran anda untuk memilih makanan yang anda ambil. Ingat, U are what U eat!!!
Lakukan Sedikit Senaman
-Jalan cepat, gunakan tangga, berenang, berbasikal, - senaman-senaman ini dapat membakar kalori…
Elakkan Menimbang Berat Badan Setiap Hari
Berat badan anda tidak akan berkurang secara mendadak. Ini menyebabkan anda mudah kecewa dan putus asa. Pastikan anda teruskan program diet anda tanpa perlu menimbang setiap hari. Ingat, utamakan diet untuk sihat…pasti anda akan dapat hasilnya.
Untuk dapatkan lebih banyak tip untuk kurus, langsing, sihat dan cantik, klik sini…
Layari website iniuntuk dapatkan produk pelangsingan cara sihatpilihan saya…anda pasti teruja….
Pengetahuan tentang teknologi maklumatmembawa kepada perubahan dalam pola kehidupan seharian. Masyarakat Malaysia mula merasai kesannya. Ini termasuklah dalam dunia perniagaan dimana banyak kebaikan dapat diperolehi. Antara yang heboh dan hangat diperkatakan adalah program-program e-dagangyang banyak melahirkan usahawan berdaya saing dan berjaya dalam perniagaan secara online.
Antara banyak syarikat yang menawarkan pakej e-dagang ini, saya tertarik dengan WorldWellness Sdn Bhd dimana ia merupakan 100% hak milik Malaysia dan diasaskan oleh anak melayu Dato’ Dr. Noordin Darus.
E-Dagang WorldWellness merupakan satu kaedah terkini dalam memasarkan produk dan perkhidmatan kepada pengguna hasil daripada ledakan perkembangan komunikasi teknologi maklumatpada hari ini.
Layari website WorldwellnessSdn Bhduntuk fahami bagaimana industri global ini bakal mengubah hidup anda!!!!!
Kenapalah anak kecil itu di perlakukan sedemikian rupa????
Apalah dosanya sehingga manusia sanggup berlaku kejam keatasnya???
Kesian adik Syafia Humairah, simpati ku tidak terkira…..menitis air mata mengenang nasibnya. Di usia 3 tahun, menjadi mangsa kepada manusia berhati binatang.
Didera, dipukul, disepak dan diterajang tanpa belas kasihan.
Bertarung nyawa sebelum menemui ajalnya dek sikap mereka yang tidak berperikemanusiaan, apakah masih layak manusia itu digelarkan manusia????
Ya Allah Maha Besar, semoga tiada lagi anak-anak kecil yang menjadi mangsa kepada manusia berhati binatang, semoga adik Syafia Humairahadalah yang terakhir Ya Allah….amin….Al-Fatihah untuk adik Syafia Humairah…..
Kepada para ibu dan bapa-bapa di luar sana, ingatlah…..anak-anak adalah anugerah yang paling indah. Peliharalah mereka dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan pedoman untuk semua….
Apakah ini kesan daripada penyakit-penyakit sosial yang semakin berleluasa di bumi ini????? Fikir-fikirkanlah…..
Bagi anda ingin ikuti kisah sebenar adik Syafia Humairah ikuti kisahnya di
E-dagangatau dikenali juga sebagai perniagaan internet mengikut kefahaman saya adalah satu kaedah bisness yang menggunakan internet sebagai alat untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan serta menggunakan jalinan internet untuk melakukan proses jual beli. Internet membolehkan perhubungan secara langsung antara peniaga dan pembeli tanpa bersua muka.
Aktiviti e-dagangmerangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran, menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelangan secara online.
Ringkasnya e-dagang adalah perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai medium.
Kini e-dagang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Telah ramai usahawan yang bergelar jutawan lahir dari sistem e-dagangini. Bagi yang masih mengintai peluang untuk menyertai program e-dagang, saya sarankan anda untuk sertai pakej e-dagang worldwellness, satu program yang cukup lumayan untuk anda sertai!!!!!
E-dagang worldwellnessdi asaskan oleh Dato’ Dr Noordin Darus yang begitu terkenal di negara kita sebagai doktor perubatan di Majlis Sukan Negara. Beliau menubuhkan Worldwellness Sdn Bhduntuk berkongsi pengalamannya sebagai bekas pesakit kanser dan menjadi impiannya untuk menyembuhkan sekurang-kurangnya 1,000,000 pesakit dan melahirkan 1,000 jutawan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah klik di sini…anda pasti teruja untuk bergelar seorang usahawan e-dagang…
Banyak tip untuk kelihatan cantikni sebenarnya…..tapi di sini saya kongsikan sedikit di antaranya. Kecantikan tu sangat subjektif, ikut citarasa masing-masing, tapi asasnya sama….biar cantik di pandangan mata, setuju tak?????
Buat permulaan apa kata anda tinggalkan dulu beberapa tabiat buruk yang boeh mencacatkan rupa paras anda!!
Kurang Minum Air
Kurang air menyebabkan kulit kering yang akan kelihatan pada wajah dan rambut yang semakin kusam dan tidak sihat. Elakkan pengambilan air berkafien dan beralkohol yang mengundang pelbagai penyakit. Ambil banyak air putih atau jus tanpa gula ataupun susu segar. Air yang cukup memberikan kesegaran pada tubuh. Amalkan sentiasa.
Tidur Dengan Mekap
Tidur tanpa mencuci mekap menyebabkan pori-pori muka tersumbat sehingga kulit tidak boleh bernafas. Ini memudahkan jangkitan termasuklah penyebab kepada masalah jerawat. Ingat, walau sibuk atau malas sekalipun, sediakan saja tisu basah dan lap muka anda sebelum anda melelapkan mata.
Kerap Warnakan Rambut
Kerap menukar warna rambut menyebabkan kerosakan rambut yang teruk. Sekiranya anda ingin melakukannya juga, cuba untuk mengurangkan kekerapan, ubah kepada warna yang lebih gelap dan berikan zat pada rambut anda.
Menggigit Kuku
Ramai yang mengamalkan tabiat buruk ini yang pastinya menyebabkan kuku anda tidak cantik. Kuku yang rosak dan kering boleh diatasi dengan pemakaian krim atau losyen khas untuk kuku dan kutikel anda.
Memicit Jerawat
Ini satu lagi tabiat buruk yang sangat popular. Kononnya untuk menghapuskan segera jerawat yang ada. Hakikatnya perbuatan memicit jerawat ini akan menyebabkan proses penyembuhannya semakin lambat dan akan meninggalkan parut-parut hodoh. Bakteria pada tangan dan kuku mudah meresap masuk dan mengakibatkan jangkitan yang lebih serius. Biarkan saja jerawat anda disitu dan jangan sesekali menyentuhnya. Kalau perlu, sapukan saja ubat jerawat.
Itu saja yang dapat saya kongsikan buat masa ni, nanti kita sambung lagi….
Untuk dapatkan lebih banyak tip untuk sihat dan cantik, lihat sini…
Bercuti ke Cameron Highlands memang sesuatu yang sangat menyeronokkan…..(di Malaysia la!!!, kalau luar negara, itu lain cerita!!!) Gambar-gambar ni dirakam sewaktu berkunjung ke ladang teh di Cameron Highlandhujung tahun lepas. Wah….seronok dapat menikmati kehijauan pokok-pokok teh, menghirup udara segar dan merasai sendiri kesejukan di tanah tinggi.
Bagi yang belum berpeluang ke sana, cubalah luangkan masa anda untuk cuti-cuti Malaysia… siapa lagi nak sokong produk pelancongan Malaysia kalau bukan kita sendiri……betul tak??? Bukan pokok teh saja yang akan anda temui, tapi macam-macam lagi yang menarik, tengok saja gambar-gambar di bawah……..
Aku teringin sangat nak lukis gambar sendiri, tapi…..fuh..melukis bukan senang beb!!!! Kalau nak upah orang untuk lukis gambaraku yang comel ni, pasti kene keluar duit beribu ringgit…..oh tidak!!! Tak sanggup!!!!
Akhirnya….ku gunakan saja kemudahan teknologi yang ada….yang pastinya…free!!!!!!
Bagi yang berminat boleh la tiru macam saya………mudah saja kan????
Artis, pelakon dan pengacara Maya Karinakui rumahtangganya retak dan sekarang tidak lagi tinggal sebumbung. Emm…….do not know what to say…terkejut pun ye, tak terkejut pun ada…..ialah, artis kan…..
Sebelum tulis post ni sebenarnya saya baru je on TV3, dalam rancangan MHI dapat tau berita ni.Terkejut hanya kerana Maya Karin tu artist kesukaan saya. Tak terkejut tu sebab pergolakan rumahtangga adalah perkara biasa dalam dunia artis. Ialah nak buat macamana kan, semoga Maya tabah hadapi setiap dugaan.
Buat pasangan suami isteri lain yang berdepan dengan masalah yang sama, satu pesan saya…… Rumahtangga adalah satu ikatan yang sangat suci, sah, dan amat dititik berat kan dalam agama kita. Layarilah ia dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab. Dapatkan sebanyak mungkin ilmu tentang rumahtangga, InsyaAllah….kebahagiaan menjadi milik kita…amin..
Untuk dapatkan buku-buku panduandalam melayari hidup berumahtangga hasil tulisan Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan juga Dato’ Dr. Haji Fadzillah Kamsah, klik di sini…..
Wah, lama sungguh saya tidak mengemaskinikan website saya ini. Manakan tidak, tugasan harian menuntut begitu banyak masa hinggakan terpaksa “meninggalkan” seketika website ini.
Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pengetahuan tentang air. Kualiti air yang kita minum mempengaruhi kandungan air dalam sel-sel tubuh serta kecergasan dan kesihatan kita. Kajian membuktikan bekalan air masa kini kebanyakannya tercemar. Sekiranya air sebegini terus diminum, ia mampu merosakkan tisu-tisu dan mengakibatkan penyakit dalam jangka masa panjang. Jika anda serius untuk memperbaiki tahap kesihatan anda, jawab 3 soalan penting ini :
1. Adakah anda minum air yang mencukupi setiap hari?
2. Adakah kualiti air yang diminum adalah yang terbaik untuk keluarga anda?
3. Bolehkah air yang diminum sekarang boleh memberikan tenaga, oksigen, membersihkan tubuh serta meningkatkan aura dan tahap kesihatan anda kepada yang terbaik?
Sekiranya jawapan anda TIDAK, cuba “Kenali Rx-Water“
Sistem Rx-Water® adalah penemuan terbaru didalam teknologi penulenan air sejagat. Ia suci, bersih dan boleh memecahkan molekul air menjadi sekecil mungkin supaya ia mudah diserap ke dalam sel-sel badan dan sistem darah yang kemudiannya akan diedarkan ke seluruh tubuh badan dan menjadikan anda sihat daripada kepala hingga ke kaki.
Memang sudah diketahui umum bahawa kualiti air yang kita minum memberi kesan kepada kualiti air didalam badan dan sel-sel badan kita. Mengambil air yang berkualiti rendah dalam jangkamasa yang lama akan merosakkan sel-sel tisu di dalam badan dan secara tidak langsung akan membawa kepada penyakit yang tidak diingini.
Oleh itu tidak hairanlah air memang sudah diiktiraf di mata dunia sebagai satu rahsia kepada kehidupan yang sihat dan panjang hayat. Prinsip yang digunakan untuk Terapi Rx-Water® adalah melalui cara penyembuhan dengan menggunakan air sebagai media utama. Fikiran yang positif, zikir, percakapan dan tenaga serta semangat untuk sihat boleh di pindahkan kepada Rx-Water melalui gegaran. Justeru,apabila kita minum air itu, tenaga positif ini akan dipindahkan kepada sel-sel dalam badan kita dan ini akan membantu proses penyembuhan.Kita harus sedar bahawa air yang bersih, suci dan berkualiti mempunyai sumber tenaganya yang tersendiri dan kebanyakkan prinsip perubatan kuno adalah juga berasakan air, bukan sahaja dari segi rawatan untuk simptom-simptom yang tertentu, tetapi juga ia merupakan sebagai sumber kepada kehidupan dan kesihatan kita. Inilah yang menjadi asas Terapi Air Penyembuh Aura Rx-Water®.
Setiap umat Islam Ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji atau umrah, lazimnya akan meminum air zamzam. Tapi berapa banyak jemaah meminumnya untuk setiap hari?
Pada bula Ramadan yang lalu, umat Islam khususnya jemaah yang datang ke Masjidil Haram dilaporkan meminum lebih tiga juta gelas air zamzam setiap hari. Ini diakui Pengarah Pengedaran Air Zamzam Arab Saudi, Aifan Al-Juaid.
“Lebih 1,800 meter padu air diminum di dalam masjid, manakala 270 meter padu lagi di halaman dan bahagian luar masjid setiap hari pada bulan puasa,” kata Aifan dalam satu kenyataan. Jemaah dibenarkan meminum air zamzam di 90 lokasi yang menyediakan 1,100 paip air di dalam masjid dan 43 lagi dengan 100 paip air di luar masjid.
Aifan berkata, beberapa lokasi minuman sudah dibina di tingkat bawah, tingkat pertama dan tingkat kedua dan beberapa bahagian lain masjid. Lebih banyak kemudahan minuman juga disediakan di kawasan sekitarnya.
Jemaah dan pengunjung biasanya gemar minum banyak air zamzam, antara tradisi yang menjadi amalan Nabi Muhammad SAW. Bekalan air zamzam turut disalurkan ke Masjid Nabawi di Madinah dengan purata 274 meter padu sehari.
Itu lah sedikit info yang ingin saya kongsikan yang dipetik dari majalah Milenia Islam keluaran November 2009.
Air zamzammerupakan air yang terbaik untuk tubuh badan kita dimana kandungan PH nya bersamaan dengan 10. Air beralkali dapat menyingkirkan toksin dalam tubuh badan dan sekaligus menjadi penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit. Tidak seperti air yang dibekalkan ke rumah kita yang rendah kandungan alkalinya dan dipercayai menjadi penyebab kepada pelbagai punca penyakit. Itulah sebabnya kenapa banyak syarikat-syarikat yang mengeluarkan penapis air untuk menghasilkan air yang bersih dari segala kekotoran dan toksin. Minum air bersih dalam kuantiti yang banyak adalah salah satu cara untuk kekal sihat dan cantik. Untuk dapatkan tip-tip lain untuk sihatdan cantik, boleh klik disini.
Macam sedap tak tengok lauk pauk di atas??? Wah, lapar pulak rasanya!!!
Setiap hidangan yang kita ambil pasti ada resepinya yang tersendiri… Begitu jugalah kehidupan yang kita lalui, pasti ada resepi-resepi istimewayang menjadikan kehidupankita indah, sempurna dan penuh warna-warni….
Dalam melayari kehidupan yang penuh onak dan duri ini, ilmu penting agar kita terus berada di laluan yang betul…. Jangan biarkan diri kita hanyut hanya kerana tiadanya ilmu!!!
Sekadar berkongsi resepi-resepi mudah dan lazat.., apa kata kalau teman-teman lihat resepinya di
Post sebelum ni saya ada sentuh sedikit tentang pentingnya ilmu pengetahuan dalam melayari kehidupan. Pastinya ramai yang bersetuju. Zaman IT ni tak susah sangat nak dapatkan ilmu, antara nak dan tak nak je.. Terpulanglah kepada diri masing-masing….dan ilmuni meliputi banyak perkara dan sangat luas skopnya.
Macam yang saya maklumkan sebelum ni.., saya bangunkan blog saya ni semata-mata untuk berkongsi segala macam perkara termasuklah ilmu pengetahuan yang meliputi 1001 macam perkara. Saya akan kongsikan sedikit demi sedikit ilmu yang saya ada sama ada melalui pengalaman sendiri, melalui pengalaman orang lain, menerusi pemerhatian saya terhadap banyak perkara, melalui pembacaan, dan mungkin juga melalui firasat saya….Insya-Allah….. Bukankah berkongsi dan menyampaikan ilmu itu sangat dituntut oleh agama??? Perkongsian ilmu dari teman-teman yang berkunjung ke sini juga amat dialu-alukan….
Antara perkongsian ilmuyang ingin saya kongsikan ialah tentang tip-tip untuk sihat dan cantik. Bukankah ini antara resepi-resepi istimewa untuk mengindahkan kehidupan kita? Teman-teman boleh teruskan bacaan
Aduh..mana nak cari duit ni..??? Dah hujung tahun ni nak buat persiapan untuk anak ke sekolah, pas tu tahun baru awal januari road tax aku mati..mak oii mati aku cam ni….gaji dah la sikit..OT dah lama tak de ni…aduh…duit..duit…di mana kau duit????!!!!!!!!!
Itulah keluhan seorang teman…..kalian ada masalah tu tak?? Rasa-rasanya ramai yang menghadapi masalah tak cukup duit ni. Apa kata kalau kalian pelajari sesuatu dari internet macamana nak buat DUIT. DUIT ni tak akan datang bergolek…melayang pun tidak!!!! Yang pastinya kita kena usaha untuk mencari dan mendapatkannya….
Banyak cara nak dapatkan duit di internet ni sebenarnya…kalian boleh cuba jual e-book, jual produk secara online, buat online MLM, jual produk di e-bay, join affiliate…dan macam-macam lagi la….yang pentingnya kalian kena tau bagaimana caranya sahaja….
Mudah tak?? Saya pun pada awalnya tak yakin juga tapi berkat usaha yang berterusan….Alhamdulillah…..saya tidak ada masalah macam teman saya tadi tu….nak tau RAHSIA saya ???
Apa Kata Mereka